SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE IPT

Mohon Sekarang! Terhad kepada 300 pelajar setahun.

Permohonan Sesi 4/2025 dibuka pada tarikh 1/8/2025 hingga 30/9/2025. Permohonan akan diproses setelah Bakun Charitable Trust menerima SALINAN CETAK (HARD COPY) dokumen sokongan yang lengkap. Status kelulusan akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2025.

NOTIS SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE IPT

STATUS PERMOHONAN PEMOHON IPTS (TERKINI 21/03/2025)

Dimaklumkan bahawa permohonan pemohon IPTS masih kekal dalam status PERMOHONAN DITERIMA. Keputusan belum dapat dikeluarkan buat masa ini. Syarat terkini mengutamakan pemohon IPTA.

BROSUR BIASISWA

Maklumat Bantuan Kemasukan ke IPT & Biasiswa Persekolahan

Dimaklumkan bahawa pejabat kami TIDAK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBUAT SALINAN DOKUMEN (PHOTOSTAT). Sehubungan itu, pemohon yang ingin membuat permohonan hendaklah menyediakan salinan dokumen sokongan sendiri sebelum hadir ke pejabat.

PANDUAN PERMOHONAN DALAM TALIAN

Carta Aliran Prosedur, Status-status & Langkah-langkah Permohonan Dalam Talian

Sila pastikan anda membaca arahan dan langkah-langkah dengan teliti sebelum membuat permohonan

SKIM BIASISWA PERSEKOLAHAN

Menerima tawaran Sekolah Menengah Berasrama Penuh/ Sekolah Berprestasi Tinggi sahaja

Permohonan akan diproses setelah Bakun Charitable Trust menerima SALINAN CETAK (HARD COPY) dokumen sokongan yang lengkap

(JIKA PERLU SAHAJA) DOKUMEN SOKONGAN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN BANTUAN/ BIASISWA TAB

AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN

Hanya perlu bagi ibu dan bapa yang tidak mempunyai penyata gaji.

(JIKA PERLU SAHAJA) DOKUMEN SOKONGAN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN BANTUAN/ BIASISWA TAB

SURAT PENGESAHAN BERKETURUNAN ASAL DARI BELAGA & PENDUDUK TETAP DI BELAGA

Hanya perlu sekiranya ketiga-tiga iaitu Pemohon, Ibu & Bapa tidak mempunyai alamat Belaga dalam Sijil Kelahiran. Sekiranya salah satu mempunyai alamat Belaga, maka tidak perlu diisi.

MAKLUMAN TERKINI 10 MAC 2025

PENGEMASKINIAN SISTEM

Untuk makluman, pemohon lama berkemungkinan akan menerima notis status TELAH DIBAYAR melalui e-mel, kerana kerja pengemaskinian sistem. Kami memohon maaf atas gangguan yang dihadapi oleh pihak anda. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

HADIAH PELAJAR CEMERLANG - TABUNG AMANAH BAKUN (TAB)

Insentif kepada pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.

Terbuka kepada pelajar yang berasal dari Daerah Belaga dan pelajar dari sekolah Daerah Belaga sahaja. Serta mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran teras peringkat SPM/ STPM yang terkini.

Objektif TAB 1

Membantu dan memajukan pendidikan latihan kemahiran dan teknikal kepada masyarakat di Daerah Belaga yang terbabit dengan pembinaan Projek Empangan Bakun.

Objektif TAB 2

Memperlengkap, menyelenggara dan memperbaiki mana- mana bangunan untuk tujuan pendididkan serta latihan kemahiran dan teknikal.

Objektif TAB 3

Membawa dan mempromosi peluang- peluang dalam pendidikan serta kemahiran kepada masyarakat Belaga.

selamat datang ke laman web rasmi tabung amanah bakun

Tabung Amanah Bakun telah dilancarkan bersama dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pehin Seri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud pada 1 September 1996.

Tab ditubuhkan di bawah "The Charitable Trust Ordinance, 1994, Bakun Charitable Trust Declaration (Made Under Section 3)". Penubuhan tabung ini adalah khusus untuk membantu masyarakat di Daerah Belaga yang terbabit dengan pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun terutamanya dalam soal pembangunan pendidikan.

 

Galeri tab

Galeri Tabung Amanah Bakun

Urus setia tabung amanah bakun (TAB)

Saloma Batok (Pembantu Tadbir)
saloma@tabungamanahbakun.org.my

Tel: 016-2601001

Romio Ding (Pegawai Eksekutif)
romio@tabungamanahbakun.org.my

Tel: 016-2601001

Pua Zern Chong (Pembantu Tadbir)
puazc@tabungamanahbakun.org.my

Tel: 016-2601001

Christine Anak Kim Hin (Pembantu Tadbir)
christine@tabungamanahbakun.org.my

Tel: 016-2601001